Categories
International Patient

International Patients

Categories
Blog

Penjagaan kanta lekap- apa yang anda perlu tahu?

Kanta lekap/ Kanta sentuh bukan sesuatu yang baru- malah penggunanya semakin ramai kerana ia bukan sahaja digunakan bagi tujuan merawat rabun, tetapi juga bagi tujuan kosmetik untuk merubah warna mata. Apapun tujuan anda menggunakannya, ia tetap suatu bendasing/ foreign body yang diletakkan pada permukaan kornea untuk tempoh yang agak lama. Kesan sampingannya termasuk mata kering dan alahan, tetapi boleh juga menyebabkan jangkitan kuman. Seandainya jangkitan kuman/ corneal ulcer itu teruk, ini boleh membawa pada kehilangan penglihatan secara kekal.

Bila harus saya berhenti memakai kanta lekap?

Apabila anda mengalami gejala ini:

  1. Silau
  2. Sakit mata/ tidak selesa
  3. Merah

Sebaiknya pergi berjumpa doktor mata untuk memastikan tiada jangkitan kuman pada mata anda.

Bagaimana menjaga/ mencuci kanta lekap?

  1. Guna “contact lens disinfection solution” yang dijual di farmasi/ kedai optometri. Pastikan tarikh luput dipatuhi
  2. Guna kaedah “ rinse and rub”- bilas dan gosok kanta yang diletakkan di tapak tangan, menggunakan jari anda.
  3. Jangan sesekali menggunakan air paip untuk mencuci atau menggantikan ‘disinfection solution’, kerana air paip mengandungi banyak kuman. Ini boleh menyebabkan jangkitan kumann yang lebih teruk
  4. Bersihkan bekas penyimpan kanta lekap dengan betul, dan letak di tempat yang bersih (seperti di bilik, bukan dalam bilik mandi atau tandas)
  5. Jangan menggunakan “contact lens solution” sebagai ubat titis mata (pernah digunakan oleh pesakit saya).
  6. Kanta lekap digunakan tidak lebih dari 8 jam sehari (jumlah jam keseluruhan setiap hari), jangan dibawa tidur atau dipakai ketika mandi, dan sebaiknya tidak dipakai ketika bersukan.
  7. Untuk menggunakan ubat titis pelembab mata, sebaiknya pengguna kanta lekap menitiskan ubat pelembab yang bebas pengawet.
  8. Pastikan tangan anda telah dicuci bersih sebelum memakai kanta lekap dan menitiskan ubat mata.

Pesanan saya, jagalah kesihatan mata anda sebaiknya. Penglihatan adalah anugerah yang sangat bernilai, dan haruslah sentiasa dihargai. Jika anda pengguna kanta lekap secara berterusan dalam tempoh yang lama, adalah digalakkan supaya anda menjalani pemeriksaan mata dengan pakar berdekatan untuk memastikan keadaan kesihatan mata.

Dr Umi Kalthum binti Md Noh

Pakar Kornea dan Pembedahan Refraktif

Pusat Perubatan Sunway

Categories
News & Events

“Your Sight, Our Focus”

Come and join our public forum: “Your Sight, Our Focus” happening on Saturday, 21st March 2020 from 12pm to 2pm at the Sunway TCM Centre.

The speakers for the forum include: Dr Lim Hsien Han and Dr Umi Kalthum (two of our consultant ophthalmologists at Sunway Eye Centre) and Dr Lim Ren Jye (Medical Director at Sunway TCM Centre).